Oktober 27, 2014

My Birthday Celebration

Assalammualaikum...

Tanggal 10 Oktober 2014, genaplah 28 tahun di dunia ini. Alhamdulillah syukur ya Allah atas nikmat-Mu selama ini. Dan buat mak dan abah, terima kasih kerana melahir dan membesarkan adik. Sampai dah jadi emak org sekarang ni kan. Bertuahnya saya dapat hidup dalam family ini. Cukup serba-serbi..Alhamdulillah...

Tahun ni rasanya berbeza sedikit sambutannya. Kalau masa kecik-kecik dulu mak abah yang buat preparation for birthday celebration ni. Lepas dah kawin celebrate dgn en hubby. Tapi tahun ni my lovely cousin, Nor Kamariyah yang buat celebration ni. Just simple but really nice. Dah tua bangka ni pun nak celebrate bagaikan.. Ngada sangatkan...hahahaha....Anyway thanks a lot cousin....Tahun depan buat lagi erk...hahahaha....

Birthday cake tajaan my lovely cousin & side dish (mee goreng dan nugget) dari my auntie

Cake u'olls...kikikiki....
 
 

Selfie with my lovely cousin, Nor kamariyah & Nuar
 

En hubby 2 hari sebelum that day dah bagi present. Seriously memang suka giler. Memang sesuatu yang diidamkan since zaman-zaman remaja dulu. Sekarang baru dapat. Happy giler sampai nak melompat. Disebabkan birthday saya jatuh pada hari Jumaat, so esoknya la baru en hubby belanja makan Steamboat untuk celebrate birthday saya. Suka-suka.. Kali ni kai makan Steamboat kat Seoul Garden kat KL Festival City Mall. Korang nak makan Steamboat nanti boleh try makan kat situ. Memang best..

Hadiah dari lovely hubby

Layan steamboat..Pic dari Instant Camera Mini 25


Tahun ni banyak sangat surprise yang dapat. Bestnya..Alhamdulillah...Syukur sangat-sangat..Thanks semua sebab ingat hari ulang tahun kelahiran saya ni.....Peace....;)



September 22, 2014

Anniversary gift

Assalammualaikum semua..

16 September 2014 genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Tahun-tahun yang lepas kami akan pergi bercuti untuk celebrate hari bersejarah ni. Tapi kali ni celebrate kat rumah je.

Dan tahun ni pecah rekod bila en hubby bagi surprise present yang sangat romantik. Pelik sesangat bila dapat "BUNGA ROSE" awal sehari dari hari sepatutnya. Memang terkejut sebab en hubby bukan seorang yang romantik pun. Hihihihi.. Thanks dear..I love it so much..

Gift from husband - 9 roses

Special gift for husband. Biar lah rahsia..hihihi.....


Dan bila tiba harinya kami buat aktiviti bersama untuk meraikan hari istimewa ini. Mula-mula memang kami plan nak pergi candle light dinner je. Tapi bila bajet lari dan mentua nak datang rumah malam tu so kami cancelkan. So aktiviti candle light dinner kami tukar dengan lunch yang di masak bersama-sama di rumah. Romantik tak??? Khikikiki...

Main course untuk lunch haritu en hubby yang masak. Ayam grill with black pepper source. Dan saya hanya buat side dishes & dessert. Pepagi lagi saya dah baking congo bar. Excited giler nak buat. Tapi guna loyang bulat je. Hahaha..Janji sedapkan..

Set lunch untuk kami berdua - hubby & wife

Set untuk Ain Hawani


Dessert - Congo Bar


Hidangan lengkap lunch tapi tanpa minuman


Memang kenyang giler. Ain Hawani makan spaghetti je yang banyak. Yang lain tak nak. Memilih makan betul. Badan dah la kecik makan pulak susah. Apa la anak mummy ni.

Belah petang pulak kami bawak Ain Hawani pergi taman KLCC. Ramai betul orang. Biasa la public holiday kan. Tapi yang tak tahan nya ramai warna asing. Dah rasa macam dok negara dorang pulak kan.

Ain Hawani memang suka giler la kalau bawak pergi taman. Memang tempat kegemaran la. Lagi la dapat main buaian.  Mummy yang bosan menunggu dia main. Bila time nak balik wajib mengamuk dulu biarpun dah berjam-jam dia main. Ini perangai Ain Hawani yang mummy malas nak layan.
Main kereta kat Taman KLCC

Selfie dgn cow dulu kat KLCC


Lepas main kan taman en hubby belanja makan kek ais krim kat Baskin Robbins.  First time try. Sedap. Ain Hawani pun suka sangat makan kek. Banyak betul dia makan. Mummy dia makan sikit je. Oleh sebab itu awal2 dah request kat en hubby untuk bawak kami makan kek ais krim lagi kat sini next month. Al-maklum la next month kan my besday. Mintak awal2 lagi kan..hahahaha...Memang tak boleh blah..
Kek Ais krim


Ain Hawani berebut kek dengan daddy


Siap makan ais krim terus balik rumah. Tapi tak balik terus gak. Singgah kedai makan sbb mentua semua dah sampai makan dulu. Sangat bagus menantu ini kan tak masak untuk mentua. Hihihi...

Dengan itu tamat la hari romantik kami. Semoga korang terhibur dengan gambar2 di atas. Dan korang yang tengah mencari idea nak buat apa untuk celebrate anniversary korang boleh buat macam kitorang ni. Masak sesama kat rumah. Janji hari bersejarah ni korang raikan dengan aktiviti bersama. Masa bersama-sama tu yang paling bermakna sekali kan..😊



Jun 26, 2014

Photoshoot Ain Hawani

Assalammualaikum...

Last 2 week saya dan husband bawak Ain Hawani pergi Ivory Romance utk baby photoshoot.  Actually saya beli pakej ni masa dorang buat promo last year masa ada baby fair kat Mid valley. Baru this month pergi utk photo shoot ni. Takpe la lambat pun janji ada.

Actually mummy Hawani yang terlebih excited sebenarnya. Saya suka pictures. That's why la yg jdi over ni..hihihi... Lagipun picture Hawani masa dia baby sikit je.. Pictures masa buat cukur jambul dia pulak hilang. Tak tahu la sape yang delete dlm hard disk tu. Ni la susahnya bila bg org pinjam. Bengang betul..

Ok back to photo shoot. Memang best tengok costume baby. Macam macam ada. Kami pilih 4 pasang costume utk Hawani. Tapi masa nak memilih costume untuk dia memang susah sangat. Cik Hawani ni sangat lah memilih. Baju yg ada bulu tak nak. Yang kembang renda2 pun xnak. Susah jadi penggeli ni. Cerewat sangat.

Dah pakai cantik-cantik time nak pakaikan accessories tak nak pulak..nak pakai headband sikit la punya susah. Ni kan pula rambut palsu memang tak la. Terjerit lah kat situ menangis. Mummy yang tekanan sbb nak memujuk sikit punya susah..

Sehari suntuk la kami kat situ. 4 pasang je. Tp dh mcm sepuluh pasang baju. Time ambik gambar dia lagi la susah. Nak buat senyum susah sangat. Serious je muka dia. Tapi time break elok pulak dia ke tawa bagai. Siap buat muka comel lagi.

Dalam 4 pasang costume tapi 2 je yg banyak pic dia. 2 lagi hampeh. And last costume paling sikit je. Dia dah mengamuk sakan. Kesian pulak tengok dia so kami ambik pic sikit je janji ada pic pakai baju tu.

Dulu ingat dia dh besar sikit senang nak ambik picture dia. Rupanya lagi besar lagi susah. Pengalaman bagi kami. Ada rezeki next baby ambik pic dia cepat2 sebelum dia tahu apa2..hihihi...

Awal bulan depan baru album siap. Tak sabar nak tengok. Next 2 week baru nak pergi tengok design dia sebelum dorng proceed dgn printing. Ivory Romance ni memang best. Costume dia memang banyak pilihan. Nak tengok hasilnya tggu ya..Nanti dah siap sy update dlm blog ni.

By the way jom layan sekeping 2 pic yg daddy Hawani sempat shoot kat iPhone dia.







#AinHawani #photoshoot #ivoryromance




Jun 15, 2014

Birthday present for lovely husband

Assalammualaikum...

Last Wednesday my hubby birthday. Memang lama giler memikirkan present utk en hubby.. Actually every year memang pening lalat bila nak beli present utk dia.

Before that day memang dah tanya dia nak apa. Biasalah jawapan dia selalu mengarut. Sakit hati je tanya kan.

Lastly malas nak fikir bagi cash je soh dia g beli sendiri. Easy right..hahaha... Actually husband ada ckp nak tukar steering kereta dia. Sbb skg dia giler dgn group kereta dia. Biasalah kan laki. Mula lah semua benda nak tukar bila dah ada geng ni.

So kt tunaikan je impian dia. Bagi je cash. Pergi la tukar sendiri. Kang kalau sy yang g beli takut terbeli steering keretapi pulak.hihihi... Macam ni senangkan.

Hadiah tambahan sy just bagi kad & cookies with chocolate. Ni je yg sempat beli. Berkerjaran membeli additional present diwaktu kerja...



Dear my darling hubby.. Thanks for all happiness that you give to us. You are great husband to me & great daddy for Ain Hawani. We love you so much. Happy Birthday sweetheart. 


Jun 08, 2014

Larian Di Pagi Isnin

Assalammualaikum semua..

Hari isnin memang hari yang mencabar bagi mummy Ain Hawani. Dah syok cuti 2 hari kan. So memang liat la nak bangun..hahaha..

Hari ni pulak Opah Cucu (pengasuh) Hawani pergi klinik. So Ain Hawani kena tinggal dengan opah kejap. Nasib cuti sekolah. Mak dtg kl. Macam biasa la kalau mak ada kat rumah anak-anak angah pun tak pergi la rumah pengasuh dorang. Semua melepak kat rumah. Cuma my daughter je tak nak dengan opah dan atuk dia. Maybe sebab jarang jumpa.


Bila dh cuti lama Ain Hawani mula la buat perangai. Tak nak kasi mummy and daddy dia pergi kerja. Tapi pagi ni bernasib baik sebab abg sepupu dia tido dalam balik dan belum bangun tido lagi. So dia apa lagi terus masuk balik la nak kejutkan abg dia. Masa tu la ambik peluang cabut lari. Hahaha... kesian anak mummy...

Terlepas jugak..Tapi sebelum terlepas tu jenuh la gak memujuk dia suruh bangun dari menepek kat badan mummy dia ni. Actually letih sgt sebenarnya jadi mummy yang bercarrier ni. Takpe la untuk Ain Hawani.

So untuk kelihatan cergas saya memang ambik supplement untuk diri sendiri. Untuk sentiasa sihat so than boleh uruskan segala urusan kat opis dan rumah. Shaklee jadi pilihan saya. Memang best. Saya bukan saja mkn tapi saya juga buat buss tau. So kalau ada yang bertanya tentang supplement shaklee yang malu-malu tanya sy ya..😉



Sue
017 6088206


Jun 07, 2014

Zoo Negara

Assalammualaikum...

Lama tak update blog. Busy sikit lately ni. Busy coz melayan Hawani. Seriously Ain Hawani sekarang memang dah lasak. Penat mummy dia main kejar-kejar dgn dia.

I'm not 24/7 with her. So memang banyak yang lagi nak kena belajar utk tarik minat dia. Lagi la pasal food. Ain Hawani tak suka makan sgt. Memang memilih sgt.

Keluar pagi balik malam memang rutin for carrier mummy like me. So every weekend je la blh spend masa lama dgn dia.

So this week en hubby bawak kami pergi zoo negara. Ain Hawani memang jenis penggeli. Dari jauh je berani tapi bila dekat menjerit. Takut dengan all animal dalam zoo tu. Hahaha...kelakar sgt tengok gelak at dia.









Zoo negara skg memang best. Berbaloi la masuk Rm30 memang byk animals. We loves to names' all the animals. So than Ain hawani will knows. Tapi kami tak lama kat situ. Sebab hari tu panas sangat. Ain Hawani pun dah rasa tak selesa. Lagi pulak dia buat kuih masa jalan2 tu..hihihi...

Souvenir yang di bawak pulang hanya sekeping gambar je..Tu pun menjerit-jerit si kecik ni sebab takut dgn panda tu. Hahaha...geli hati mummy tengok dia..

Berakhir la lawatan kami..Bye..bye zoo..Lain kali kami datang lagi..






Mei 23, 2014

Duit Raya???

Assalammualaikum semua...


Hujung sambil bersantai dengan keluarga tetiba terfikir sesuatu yang dibincangkan di group wassap kami semalam. Seminggu lagi akan berakhirnya bulan Mei 2014. Lepas tu bermula bulan baru iaitu Jun 2014. Dihujung bulan Jun bagi semua umat islam bermula la bulan yang ditunggu-tunggu iaitu Ramdhan. 

Bila sebut je Ramadhan sibok la orang berfikir pasal raya. Seronok raya ni. Lagi-lagi buat anak-anak kecil. Lagi seronak bila dorang dapat duit raya kan. 


Bercakap dengan duit raya ni, mesti ada yang runsing. Time raya ni memang banyak guna duit pun. Semua pun nak serba baru. Dari atas kepala sampai hujung kaki semua nak di salutkan dengan pakaian yang baru. Belum lagi masuk untuk juadah untuk para tetamu. Duit minyak dan tol untuk pergi menziarah sanak saudara. Semua pun guna duit. Harapkan gaji semata memang tak cukup kalau tak buat saving dari awal. 

So hari ni saya nak share sesuatu dengan korang untuk sediakan duit raya dengan perniagaan shaklee. Hanya bermodalkan RM65 seumur hidup. Korang mampu sediakan sekurang-kurangnya 100 keping sampul duit raya yang berisi RM2 sekeping. Bagaimana caranya??? Jom hubungi saya. 













SID : 1004258
Wassap/pm : 017 6088206
FB : Shue Eitairus

BANDUNG TRIP 2014 (2)

Assalammualaikum semua...

Kita sambung lagi cerita Bandung trip.
Ok untuk hari kedua kami teruskan perjalanan dengan melawat tempat wajib jika pergi ke Bandung iaitu Pangkuban Perahu. Untuk perjalanan kami di Bandung kami dah siap-siap booking Supir. Sebab bawak si kecik haruslah ada pak supir. Senang sikit berjalan. Perkhidmatan supir ni kami ambik agensi Hayuka. En hubby deal dengan Hayuka melalu FB je. Mudah sangat. Bayaran booking pun tidak diperlukan. Bayaran hanya dibuat selepas habis perkhidmatan mereka kita gunakan. Memang terbaik..

Cerita pasal Pangkuban Perahu ni, ianya adalah gunung berapi yang masih lagi akif. Cuaca kat atas tu agak dingin sedikit. Ala-ala cameron la. Perjalanan nak ke Tangkuban Perahu ni ada ladang Strawberry. Tapi kami tak singgah pun. Sbb kat Malaysia pun dah selalu pergi. Bosan husband saya kata. Satu tips yang saya nak kongsi dengan korang semua. Jangan dilayan la penjual-penjual jalanan disana. Dorang memang akan ikut je kemana korang pergi. Ada yang offer nak bawak barang korang la. Ada yang nak tolong ambikkan gambar la. Itu semua semata-mata nak suruh korang beli barang dorang. Kami memang tak beli apa-apa pun kat situ. Letih gak nak pura-pura dorang tak wujud disekeliling korang. Mencabar kesabaran sangat tau.

Nasib kami agak baik sebab berjumpa dengan orang Malaysia. So kami berjalan bersama. So boleh mintak tolong ambikkan gambar. Kat situ kami tak ambik masa yang lama pun. Sebab masa kami pergi tu dorang kata tak boleh turun kebawah. Lagipun memang tak larat pun nak berjalan kebawah. Si kecik ni tak nak berjalan. Biasalah time tidonya dah sampai. Hihihi...


Tempat seterusnya kami ke Floating Market Lembang. Kat sini tempatnya memang cantik. Oleh kerana percutian kali ini tanpa camera gambar pun memang tak berapa nak banyak. Semua pun guna handphone je. Di Floating Market ni banyak menjual makanan. Kat sini kena beli guna token. Kami cuma beli pisang goreng cheese & coklat. Sedap tau.  Pisang kat Bandung ni memang makanan yang paling famous sekali okey. Lagi satu Teh Botol. Korang wajib rasa. Mula-mula memang tak berapa nak layan teh botol ni. Tapi bila lama-lama best pulak. Segar je rasanya... Hihihihi...



Lepas Floating Market, kami teruskan perjalanan dengan bershopping pulak. Kain pasang dan telengkung barangan wajib untuk dibeli. Tak ingat namanya, tapi ianya merupakan rumah kediaman yang dijadikan tempat menjual kain sulam dan telengkung. Pak Supir kami yang cadangkan tempat ni. Harga kainnya murah sikit daripada Pasar Baru. Kata pak supir kami, di Pasar Baru pun dorang ambik stok kain kat sini. Kat sini memang banyak giler kami borong. Beli siap-siap untuk buah tangan buat family saya dan mentua. Kat Malaysia confirm tak dapat harga murah macam ni.

Memang penat la memilih kain kat sini. Korang mesti rambang mata. Semua pun cantik. Tapi kena pandai pilih kain gak tau. Sebab ada yang cantik coraknya tapi kain pulak tak best. Dan untuk saya yang tak berapa tahu pasal kain ni pun main belasah je. Janji cantik. Hahaha..





Berjam gak la operasi memilih kain. Sampai tak sedar dah petang. Husband pulak memang kasi peluang untuk saya memilih sepuas hatinya. So memang tak ingat dunia la. So lunch kami untuk hari kedua ini pun lewat. Pak supir bawah kami makan kat kedai makan Mang Engking. Kami makan ikan Gurame. Memang best dan sedap. Makanan kat sini agak pedas. Memang kena la dengan tekak saya. Hahaha.. Kat sini selain makanannya sedap tempat dan suasananya pun menarik.





Last sekali kami ke Rumah Mode. Shopping baju sekecik dan husband pulak. Tapi dah agak letih shopping ala kadar je. Dengan keadaan hujan yang lebat dan keletihan, kami buat keputusan balik hotel. Sambung esok harinya pulak. Dinner kami pun hanya dihotel sahaja. Makanan dihotel agak sedap tau. Lagipun kami tak berani nak cuūba makanan yang dijual ditepi-tepi jalan. Jangan cari pasal. Rugi percutian kalau terkena sakit perut.

Tamat untuk hari kedua kami di Bandung. Jumpa di blog seterusnya nanti untuk hari ke-3. Kisah dunia shopping kami..Hihihi...






Panda vs Shaklee Collage Powder

Assalammualaikum...

Bercerita tentang isu semasa sekarang, heboh cerita berkenaan Panda. 2 ekor Panda dengan nilai RM25 juta. Masing-masing mengeluarkan pendapat mereka. Bagi pendapat peribadi saya, takde isu berbangkit. Pertama mungkin ini isu politik hubungan 2 buah negara China & Malaysia. Dah nama pun negara haruslah ada isu ini. Kedua mungkin ianya boleh menjana pendapatan negara. Berjuta yang boleh dapat bila dah termasuk dlm kategori Pelancongan. Untuk jangka masa panjang memang boleh buat duit.

So yang tak puas hati kenapa Malaysia beli 2 ekor Panda ni, jangan la korang benci Panda ni. Panda ni tak bersalah pun. Cuba korang tengok Panda ni betul-betul. Kan ke comel Panda ni. Gebu je bulunya.



Yang korang patut benci bila mata korang yang dah macam Panda. Yang tu memang burukkan. Hitam je kat keliling mata tu. Panda kalau tengok mata korang pun Panda lari tau. Buruk benor rupanya.



So untuk mengatasi masalah mata Panda korang saya cadangankan ambik je la Shaklee Collagen Powder (SCP). Actually SCP ni berbentuk serbuk dan dibancuh menjadi minuman. Tapi ramai peminta-peminat SCP ni buat masker. Hasilnya memang best. Kulit gebu, lembut dan berseri je jadinya.



Kenapa Shaklee Collage Powder? Jom kita tengok fungsi 7 kandungan bahan yang ada didalamnya.


Semuanya bagus kan kandungannya. So setakat mata Panda korang tu senang sangat la SCP nak tolong setelkan. Lepas guna SCP ni korang boleh la pergi melawat Panda kat Zoo Negara tu nanti. Confirm Panda tak lari tengok korang. Silap hari bulan Panda berlari nak dapatkan korang sbb nak tips kecantikan yang korang guna. Hahahaha....

Macam yang korang tahu, saya ni memang pengedar sah supplement Shaklee. So korang yang berminat nak try Shaklee Collagen Powder ni jangan segan-segan contact saya ya. Tentu consultation percuma untuk semua customer saya. Actually yang bukan customer saya pun dorang dapat free gak untuk consultation.  Tak kisah la korang nak beli kat saya ke tak. Saya memang suka kongsi kebaikan produk-produk Shaklee yang semua. Sebab Shaklee memang produk yang bagus pun. Sebab tu saya suka..hihihihihi...


Wasalam...












SID : 1004258
Wassap/Pm : 017 6088206
Facebook : Shue Eitairus