Mei 23, 2014

BANDUNG TRIP 2014 (2)

Assalammualaikum semua...

Kita sambung lagi cerita Bandung trip.
Ok untuk hari kedua kami teruskan perjalanan dengan melawat tempat wajib jika pergi ke Bandung iaitu Pangkuban Perahu. Untuk perjalanan kami di Bandung kami dah siap-siap booking Supir. Sebab bawak si kecik haruslah ada pak supir. Senang sikit berjalan. Perkhidmatan supir ni kami ambik agensi Hayuka. En hubby deal dengan Hayuka melalu FB je. Mudah sangat. Bayaran booking pun tidak diperlukan. Bayaran hanya dibuat selepas habis perkhidmatan mereka kita gunakan. Memang terbaik..

Cerita pasal Pangkuban Perahu ni, ianya adalah gunung berapi yang masih lagi akif. Cuaca kat atas tu agak dingin sedikit. Ala-ala cameron la. Perjalanan nak ke Tangkuban Perahu ni ada ladang Strawberry. Tapi kami tak singgah pun. Sbb kat Malaysia pun dah selalu pergi. Bosan husband saya kata. Satu tips yang saya nak kongsi dengan korang semua. Jangan dilayan la penjual-penjual jalanan disana. Dorang memang akan ikut je kemana korang pergi. Ada yang offer nak bawak barang korang la. Ada yang nak tolong ambikkan gambar la. Itu semua semata-mata nak suruh korang beli barang dorang. Kami memang tak beli apa-apa pun kat situ. Letih gak nak pura-pura dorang tak wujud disekeliling korang. Mencabar kesabaran sangat tau.

Nasib kami agak baik sebab berjumpa dengan orang Malaysia. So kami berjalan bersama. So boleh mintak tolong ambikkan gambar. Kat situ kami tak ambik masa yang lama pun. Sebab masa kami pergi tu dorang kata tak boleh turun kebawah. Lagipun memang tak larat pun nak berjalan kebawah. Si kecik ni tak nak berjalan. Biasalah time tidonya dah sampai. Hihihi...


Tempat seterusnya kami ke Floating Market Lembang. Kat sini tempatnya memang cantik. Oleh kerana percutian kali ini tanpa camera gambar pun memang tak berapa nak banyak. Semua pun guna handphone je. Di Floating Market ni banyak menjual makanan. Kat sini kena beli guna token. Kami cuma beli pisang goreng cheese & coklat. Sedap tau.  Pisang kat Bandung ni memang makanan yang paling famous sekali okey. Lagi satu Teh Botol. Korang wajib rasa. Mula-mula memang tak berapa nak layan teh botol ni. Tapi bila lama-lama best pulak. Segar je rasanya... Hihihihi...



Lepas Floating Market, kami teruskan perjalanan dengan bershopping pulak. Kain pasang dan telengkung barangan wajib untuk dibeli. Tak ingat namanya, tapi ianya merupakan rumah kediaman yang dijadikan tempat menjual kain sulam dan telengkung. Pak Supir kami yang cadangkan tempat ni. Harga kainnya murah sikit daripada Pasar Baru. Kata pak supir kami, di Pasar Baru pun dorang ambik stok kain kat sini. Kat sini memang banyak giler kami borong. Beli siap-siap untuk buah tangan buat family saya dan mentua. Kat Malaysia confirm tak dapat harga murah macam ni.

Memang penat la memilih kain kat sini. Korang mesti rambang mata. Semua pun cantik. Tapi kena pandai pilih kain gak tau. Sebab ada yang cantik coraknya tapi kain pulak tak best. Dan untuk saya yang tak berapa tahu pasal kain ni pun main belasah je. Janji cantik. Hahaha..





Berjam gak la operasi memilih kain. Sampai tak sedar dah petang. Husband pulak memang kasi peluang untuk saya memilih sepuas hatinya. So memang tak ingat dunia la. So lunch kami untuk hari kedua ini pun lewat. Pak supir bawah kami makan kat kedai makan Mang Engking. Kami makan ikan Gurame. Memang best dan sedap. Makanan kat sini agak pedas. Memang kena la dengan tekak saya. Hahaha.. Kat sini selain makanannya sedap tempat dan suasananya pun menarik.





Last sekali kami ke Rumah Mode. Shopping baju sekecik dan husband pulak. Tapi dah agak letih shopping ala kadar je. Dengan keadaan hujan yang lebat dan keletihan, kami buat keputusan balik hotel. Sambung esok harinya pulak. Dinner kami pun hanya dihotel sahaja. Makanan dihotel agak sedap tau. Lagipun kami tak berani nak cuƫba makanan yang dijual ditepi-tepi jalan. Jangan cari pasal. Rugi percutian kalau terkena sakit perut.

Tamat untuk hari kedua kami di Bandung. Jumpa di blog seterusnya nanti untuk hari ke-3. Kisah dunia shopping kami..Hihihi...