Mei 13, 2014

BANDUNG TRIP 2014 (1)

Ini pengalaman kami sekeluarga yang pertama melawat negara orang. Memang memori yang bermakna bagi kami. Bandung tempat yang best sekali untuk kaki shopping macam kami. Apa tidaknya datang 1 beg balik jadi 5 beg. Hihihi...

5 hari 4 malam memang tak cukup bagi kami. Banyak sebenarnya tempat yang kami tak pergi. Biasalah kan kalau bawak anak kecik. Pergerakan agak terbatas sedikit kerana memikirkan keselesaan si kecik kami yang tercinta ni, Ain Hawani.

Flight en husby dah booking awal lagi. Kami naik Malindo. 2 dewasa 1 infant RM400++ je utk pergi balik. Dengan Malindo flight hanya ada ke Jakarta sahaja. Dia saat akhir en huby ubah fikiran untuk beli flight baru dr Bandung ke KL. Ok membazir RM100++ slps di tolak refund yang Malindo akan pulangkan. Ini sebab perkhidmatan yg supir kenakan utk menghantar ke Jakarta agak mahal. Fikir2 semula better ambik Air Asia je dr Bandung. Masa pun lagi jimat.



Pengalaman bagi kami. Haruslah survey semua kos sebelum buat tempahan flight. Kalau tak rugi camni bila kena cancel. Hihihi...

Actually kat Jakarta kami tak berjalan pun. Sampai je airport kami terus ambik teksi bluebird untuk ke stesen keretapi. Tips untuk korang tolong ambik teksi bluebird shj. Teksi ni ye yang guna meter. Yang lain hampeh.  Kami dah tertipu masa kat bandung. Mahal giler padahal dekat je.

Lambang untuk teksi bluebird.


Perjalanan ke stesen gambir lebih kurang sejam. Naik tren pulak ambik masa lbh kurang 3 jam. Memang letih. Tren dorang pun xde la teruk sangat. Tren memang kami booking awal. Senang sikit. Cuma 1 je yang tak bape nak berkenan. Kat stesen Jakarta sangat la panas. Takde air cond ye macam Kl sentral. Tapi dlm tren ok. Selesa la gak. Pic bawah ni Ain Hawani dalam tren. Untuk infant takde seat. Tp still kena bayaran gak.


Kawan Ain Hawani dalam tren. Peramah sangat okay...


Dekat sana masa lewat sejam dr Malaysia. Tapi pukul 5 pagi matahari dah timbul. So korang jangan pelik ya. Tp sekarang kerana dah terbiasa pukul 5 pagi bangun so bila kat sana pukul 4 pagi la sy bangun. Lepas tu terkebil-kebil bila sesorang nk berusaha sambung tido semula. Hahaha.. Pengalaman di negara orang kan.. Ok kita sambung next episode pulak ya untuk tempat - tempat menarik kat Bandung dan tips-tips yang lain. Sekarang nak g tidokan dengan si kecik ni dulu. Hihihi..nite uoll..