Mei 23, 2014

Duit Raya???

Assalammualaikum semua...


Hujung sambil bersantai dengan keluarga tetiba terfikir sesuatu yang dibincangkan di group wassap kami semalam. Seminggu lagi akan berakhirnya bulan Mei 2014. Lepas tu bermula bulan baru iaitu Jun 2014. Dihujung bulan Jun bagi semua umat islam bermula la bulan yang ditunggu-tunggu iaitu Ramdhan. 

Bila sebut je Ramadhan sibok la orang berfikir pasal raya. Seronok raya ni. Lagi-lagi buat anak-anak kecil. Lagi seronak bila dorang dapat duit raya kan. 


Bercakap dengan duit raya ni, mesti ada yang runsing. Time raya ni memang banyak guna duit pun. Semua pun nak serba baru. Dari atas kepala sampai hujung kaki semua nak di salutkan dengan pakaian yang baru. Belum lagi masuk untuk juadah untuk para tetamu. Duit minyak dan tol untuk pergi menziarah sanak saudara. Semua pun guna duit. Harapkan gaji semata memang tak cukup kalau tak buat saving dari awal. 

So hari ni saya nak share sesuatu dengan korang untuk sediakan duit raya dengan perniagaan shaklee. Hanya bermodalkan RM65 seumur hidup. Korang mampu sediakan sekurang-kurangnya 100 keping sampul duit raya yang berisi RM2 sekeping. Bagaimana caranya??? Jom hubungi saya. 













SID : 1004258
Wassap/pm : 017 6088206
FB : Shue Eitairus

BANDUNG TRIP 2014 (2)

Assalammualaikum semua...

Kita sambung lagi cerita Bandung trip.
Ok untuk hari kedua kami teruskan perjalanan dengan melawat tempat wajib jika pergi ke Bandung iaitu Pangkuban Perahu. Untuk perjalanan kami di Bandung kami dah siap-siap booking Supir. Sebab bawak si kecik haruslah ada pak supir. Senang sikit berjalan. Perkhidmatan supir ni kami ambik agensi Hayuka. En hubby deal dengan Hayuka melalu FB je. Mudah sangat. Bayaran booking pun tidak diperlukan. Bayaran hanya dibuat selepas habis perkhidmatan mereka kita gunakan. Memang terbaik..

Cerita pasal Pangkuban Perahu ni, ianya adalah gunung berapi yang masih lagi akif. Cuaca kat atas tu agak dingin sedikit. Ala-ala cameron la. Perjalanan nak ke Tangkuban Perahu ni ada ladang Strawberry. Tapi kami tak singgah pun. Sbb kat Malaysia pun dah selalu pergi. Bosan husband saya kata. Satu tips yang saya nak kongsi dengan korang semua. Jangan dilayan la penjual-penjual jalanan disana. Dorang memang akan ikut je kemana korang pergi. Ada yang offer nak bawak barang korang la. Ada yang nak tolong ambikkan gambar la. Itu semua semata-mata nak suruh korang beli barang dorang. Kami memang tak beli apa-apa pun kat situ. Letih gak nak pura-pura dorang tak wujud disekeliling korang. Mencabar kesabaran sangat tau.

Nasib kami agak baik sebab berjumpa dengan orang Malaysia. So kami berjalan bersama. So boleh mintak tolong ambikkan gambar. Kat situ kami tak ambik masa yang lama pun. Sebab masa kami pergi tu dorang kata tak boleh turun kebawah. Lagipun memang tak larat pun nak berjalan kebawah. Si kecik ni tak nak berjalan. Biasalah time tidonya dah sampai. Hihihi...


Tempat seterusnya kami ke Floating Market Lembang. Kat sini tempatnya memang cantik. Oleh kerana percutian kali ini tanpa camera gambar pun memang tak berapa nak banyak. Semua pun guna handphone je. Di Floating Market ni banyak menjual makanan. Kat sini kena beli guna token. Kami cuma beli pisang goreng cheese & coklat. Sedap tau.  Pisang kat Bandung ni memang makanan yang paling famous sekali okey. Lagi satu Teh Botol. Korang wajib rasa. Mula-mula memang tak berapa nak layan teh botol ni. Tapi bila lama-lama best pulak. Segar je rasanya... Hihihihi...



Lepas Floating Market, kami teruskan perjalanan dengan bershopping pulak. Kain pasang dan telengkung barangan wajib untuk dibeli. Tak ingat namanya, tapi ianya merupakan rumah kediaman yang dijadikan tempat menjual kain sulam dan telengkung. Pak Supir kami yang cadangkan tempat ni. Harga kainnya murah sikit daripada Pasar Baru. Kata pak supir kami, di Pasar Baru pun dorang ambik stok kain kat sini. Kat sini memang banyak giler kami borong. Beli siap-siap untuk buah tangan buat family saya dan mentua. Kat Malaysia confirm tak dapat harga murah macam ni.

Memang penat la memilih kain kat sini. Korang mesti rambang mata. Semua pun cantik. Tapi kena pandai pilih kain gak tau. Sebab ada yang cantik coraknya tapi kain pulak tak best. Dan untuk saya yang tak berapa tahu pasal kain ni pun main belasah je. Janji cantik. Hahaha..





Berjam gak la operasi memilih kain. Sampai tak sedar dah petang. Husband pulak memang kasi peluang untuk saya memilih sepuas hatinya. So memang tak ingat dunia la. So lunch kami untuk hari kedua ini pun lewat. Pak supir bawah kami makan kat kedai makan Mang Engking. Kami makan ikan Gurame. Memang best dan sedap. Makanan kat sini agak pedas. Memang kena la dengan tekak saya. Hahaha.. Kat sini selain makanannya sedap tempat dan suasananya pun menarik.





Last sekali kami ke Rumah Mode. Shopping baju sekecik dan husband pulak. Tapi dah agak letih shopping ala kadar je. Dengan keadaan hujan yang lebat dan keletihan, kami buat keputusan balik hotel. Sambung esok harinya pulak. Dinner kami pun hanya dihotel sahaja. Makanan dihotel agak sedap tau. Lagipun kami tak berani nak cuƫba makanan yang dijual ditepi-tepi jalan. Jangan cari pasal. Rugi percutian kalau terkena sakit perut.

Tamat untuk hari kedua kami di Bandung. Jumpa di blog seterusnya nanti untuk hari ke-3. Kisah dunia shopping kami..Hihihi...






Panda vs Shaklee Collage Powder

Assalammualaikum...

Bercerita tentang isu semasa sekarang, heboh cerita berkenaan Panda. 2 ekor Panda dengan nilai RM25 juta. Masing-masing mengeluarkan pendapat mereka. Bagi pendapat peribadi saya, takde isu berbangkit. Pertama mungkin ini isu politik hubungan 2 buah negara China & Malaysia. Dah nama pun negara haruslah ada isu ini. Kedua mungkin ianya boleh menjana pendapatan negara. Berjuta yang boleh dapat bila dah termasuk dlm kategori Pelancongan. Untuk jangka masa panjang memang boleh buat duit.

So yang tak puas hati kenapa Malaysia beli 2 ekor Panda ni, jangan la korang benci Panda ni. Panda ni tak bersalah pun. Cuba korang tengok Panda ni betul-betul. Kan ke comel Panda ni. Gebu je bulunya.



Yang korang patut benci bila mata korang yang dah macam Panda. Yang tu memang burukkan. Hitam je kat keliling mata tu. Panda kalau tengok mata korang pun Panda lari tau. Buruk benor rupanya.



So untuk mengatasi masalah mata Panda korang saya cadangankan ambik je la Shaklee Collagen Powder (SCP). Actually SCP ni berbentuk serbuk dan dibancuh menjadi minuman. Tapi ramai peminta-peminat SCP ni buat masker. Hasilnya memang best. Kulit gebu, lembut dan berseri je jadinya.



Kenapa Shaklee Collage Powder? Jom kita tengok fungsi 7 kandungan bahan yang ada didalamnya.


Semuanya bagus kan kandungannya. So setakat mata Panda korang tu senang sangat la SCP nak tolong setelkan. Lepas guna SCP ni korang boleh la pergi melawat Panda kat Zoo Negara tu nanti. Confirm Panda tak lari tengok korang. Silap hari bulan Panda berlari nak dapatkan korang sbb nak tips kecantikan yang korang guna. Hahahaha....

Macam yang korang tahu, saya ni memang pengedar sah supplement Shaklee. So korang yang berminat nak try Shaklee Collagen Powder ni jangan segan-segan contact saya ya. Tentu consultation percuma untuk semua customer saya. Actually yang bukan customer saya pun dorang dapat free gak untuk consultation.  Tak kisah la korang nak beli kat saya ke tak. Saya memang suka kongsi kebaikan produk-produk Shaklee yang semua. Sebab Shaklee memang produk yang bagus pun. Sebab tu saya suka..hihihihihi...


Wasalam...












SID : 1004258
Wassap/Pm : 017 6088206
Facebook : Shue Eitairus


Mei 13, 2014

BANDUNG TRIP 2014 (1)

Ini pengalaman kami sekeluarga yang pertama melawat negara orang. Memang memori yang bermakna bagi kami. Bandung tempat yang best sekali untuk kaki shopping macam kami. Apa tidaknya datang 1 beg balik jadi 5 beg. Hihihi...

5 hari 4 malam memang tak cukup bagi kami. Banyak sebenarnya tempat yang kami tak pergi. Biasalah kan kalau bawak anak kecik. Pergerakan agak terbatas sedikit kerana memikirkan keselesaan si kecik kami yang tercinta ni, Ain Hawani.

Flight en husby dah booking awal lagi. Kami naik Malindo. 2 dewasa 1 infant RM400++ je utk pergi balik. Dengan Malindo flight hanya ada ke Jakarta sahaja. Dia saat akhir en huby ubah fikiran untuk beli flight baru dr Bandung ke KL. Ok membazir RM100++ slps di tolak refund yang Malindo akan pulangkan. Ini sebab perkhidmatan yg supir kenakan utk menghantar ke Jakarta agak mahal. Fikir2 semula better ambik Air Asia je dr Bandung. Masa pun lagi jimat.



Pengalaman bagi kami. Haruslah survey semua kos sebelum buat tempahan flight. Kalau tak rugi camni bila kena cancel. Hihihi...

Actually kat Jakarta kami tak berjalan pun. Sampai je airport kami terus ambik teksi bluebird untuk ke stesen keretapi. Tips untuk korang tolong ambik teksi bluebird shj. Teksi ni ye yang guna meter. Yang lain hampeh.  Kami dah tertipu masa kat bandung. Mahal giler padahal dekat je.

Lambang untuk teksi bluebird.


Perjalanan ke stesen gambir lebih kurang sejam. Naik tren pulak ambik masa lbh kurang 3 jam. Memang letih. Tren dorang pun xde la teruk sangat. Tren memang kami booking awal. Senang sikit. Cuma 1 je yang tak bape nak berkenan. Kat stesen Jakarta sangat la panas. Takde air cond ye macam Kl sentral. Tapi dlm tren ok. Selesa la gak. Pic bawah ni Ain Hawani dalam tren. Untuk infant takde seat. Tp still kena bayaran gak.


Kawan Ain Hawani dalam tren. Peramah sangat okay...


Dekat sana masa lewat sejam dr Malaysia. Tapi pukul 5 pagi matahari dah timbul. So korang jangan pelik ya. Tp sekarang kerana dah terbiasa pukul 5 pagi bangun so bila kat sana pukul 4 pagi la sy bangun. Lepas tu terkebil-kebil bila sesorang nk berusaha sambung tido semula. Hahaha.. Pengalaman di negara orang kan.. Ok kita sambung next episode pulak ya untuk tempat - tempat menarik kat Bandung dan tips-tips yang lain. Sekarang nak g tidokan dengan si kecik ni dulu. Hihihi..nite uoll..

DIET & PERAYAAN

Bila hampir-hampir musim perayaan masing-masing berpakat nak kuruskan badan. Yelah semuanya nak kelihatan cantik bergaya kan.

Untuk menjayakan usaha anda itu, saya cadangan anda mencuba Set Diet Shaklee. Terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Bakar, Buang & Bina. 


Pengambilan secara konsisten disamping senaman dan pemakanan yang berkhasiat mampu memberikan bentuk badan yang di idamkan oleh anda. 

Hubungi kami untuk khidmat nasihat dan maklumat lanjut untuk Set Diet ini.


SID : 1004258
Pm/wassap : 017 6088206

Mei 12, 2014

MEAL SHAKES UNTUK ANAK-ANAK TERSAYANG

Assalammualaikum...
Dah lama tak update blog ni. Tetiba mood dah dtg pulak. Mlm ni nak cerita sikit kat korang pasal supplement yg saya bagi kat Ain Hawani.
Ianya adalah Meal Shakes. Banyak sebenarnya nutrien yang ada dalam Meal Shakes ni kan. Memang patut la ibu-ibu di luar sana bg Meal Shakes kat anak-anak diorang. Memang sangat berkhasiat rupanya.
Saya bagi kat Ain Hawani sejak 2 bulan yang lepas. Genap je setahun umur dia sy terus beli Meal Shakes utk Ain Hawani.
Kesan pengambilan Meal Shakes terhadap Ain Hawani memang positif. Dulu dia kerap sangat demam. Tp sekarang alhamdulillah dah jarang demam. Kalau demam pun sekejap je. Selera makan pun bertambah. Tu yg paling best sekali. Sebab dia ni memang susah sgt nak bagi mkn. Tapi sekarang dah ok sikit. Cuma nasi je dia still lagi x suka. Tp nasi impit dia mkn. Pelik anak saya sorang ni.
Saya memang syorkan utk korang yang memang tengah cari supplement utk anak. Meal Shakes ni selain banyak khasiat, ianya mudah untuk diambil oleh anak-anak. Perisa vanilla yang memang sedap dan berkrim.
Korang yang belum bagi anak-anak Meal Shakes meh cepat beli dr saya. Jom kita pakat2 jadi member dulu. RM65 je jadi member. Seumur hidup tau. Untung sangatkan. Lepas tu sekelip mata je boleh join promo beli 6 percuma 1. Bulan Mei 2014 ni promo Meal Shakes tau. Jom dapatkan sekarang.




AgenShakleeAnda:
SID l 1004258
Sue l 017 6088206