September 22, 2014

Anniversary gift

Assalammualaikum semua..

16 September 2014 genap 4 tahun usia perkahwinan kami. Tahun-tahun yang lepas kami akan pergi bercuti untuk celebrate hari bersejarah ni. Tapi kali ni celebrate kat rumah je.

Dan tahun ni pecah rekod bila en hubby bagi surprise present yang sangat romantik. Pelik sesangat bila dapat "BUNGA ROSE" awal sehari dari hari sepatutnya. Memang terkejut sebab en hubby bukan seorang yang romantik pun. Hihihihi.. Thanks dear..I love it so much..

Gift from husband - 9 roses

Special gift for husband. Biar lah rahsia..hihihi.....


Dan bila tiba harinya kami buat aktiviti bersama untuk meraikan hari istimewa ini. Mula-mula memang kami plan nak pergi candle light dinner je. Tapi bila bajet lari dan mentua nak datang rumah malam tu so kami cancelkan. So aktiviti candle light dinner kami tukar dengan lunch yang di masak bersama-sama di rumah. Romantik tak??? Khikikiki...

Main course untuk lunch haritu en hubby yang masak. Ayam grill with black pepper source. Dan saya hanya buat side dishes & dessert. Pepagi lagi saya dah baking congo bar. Excited giler nak buat. Tapi guna loyang bulat je. Hahaha..Janji sedapkan..

Set lunch untuk kami berdua - hubby & wife

Set untuk Ain Hawani


Dessert - Congo Bar


Hidangan lengkap lunch tapi tanpa minuman


Memang kenyang giler. Ain Hawani makan spaghetti je yang banyak. Yang lain tak nak. Memilih makan betul. Badan dah la kecik makan pulak susah. Apa la anak mummy ni.

Belah petang pulak kami bawak Ain Hawani pergi taman KLCC. Ramai betul orang. Biasa la public holiday kan. Tapi yang tak tahan nya ramai warna asing. Dah rasa macam dok negara dorang pulak kan.

Ain Hawani memang suka giler la kalau bawak pergi taman. Memang tempat kegemaran la. Lagi la dapat main buaian.  Mummy yang bosan menunggu dia main. Bila time nak balik wajib mengamuk dulu biarpun dah berjam-jam dia main. Ini perangai Ain Hawani yang mummy malas nak layan.
Main kereta kat Taman KLCC

Selfie dgn cow dulu kat KLCC


Lepas main kan taman en hubby belanja makan kek ais krim kat Baskin Robbins.  First time try. Sedap. Ain Hawani pun suka sangat makan kek. Banyak betul dia makan. Mummy dia makan sikit je. Oleh sebab itu awal2 dah request kat en hubby untuk bawak kami makan kek ais krim lagi kat sini next month. Al-maklum la next month kan my besday. Mintak awal2 lagi kan..hahahaha...Memang tak boleh blah..
Kek Ais krim


Ain Hawani berebut kek dengan daddy


Siap makan ais krim terus balik rumah. Tapi tak balik terus gak. Singgah kedai makan sbb mentua semua dah sampai makan dulu. Sangat bagus menantu ini kan tak masak untuk mentua. Hihihi...

Dengan itu tamat la hari romantik kami. Semoga korang terhibur dengan gambar2 di atas. Dan korang yang tengah mencari idea nak buat apa untuk celebrate anniversary korang boleh buat macam kitorang ni. Masak sesama kat rumah. Janji hari bersejarah ni korang raikan dengan aktiviti bersama. Masa bersama-sama tu yang paling bermakna sekali kan..😊