Mei 13, 2014

BANDUNG TRIP 2014 (1)

Ini pengalaman kami sekeluarga yang pertama melawat negara orang. Memang memori yang bermakna bagi kami. Bandung tempat yang best sekali untuk kaki shopping macam kami. Apa tidaknya datang 1 beg balik jadi 5 beg. Hihihi...

5 hari 4 malam memang tak cukup bagi kami. Banyak sebenarnya tempat yang kami tak pergi. Biasalah kan kalau bawak anak kecik. Pergerakan agak terbatas sedikit kerana memikirkan keselesaan si kecik kami yang tercinta ni, Ain Hawani.

Flight en husby dah booking awal lagi. Kami naik Malindo. 2 dewasa 1 infant RM400++ je utk pergi balik. Dengan Malindo flight hanya ada ke Jakarta sahaja. Dia saat akhir en huby ubah fikiran untuk beli flight baru dr Bandung ke KL. Ok membazir RM100++ slps di tolak refund yang Malindo akan pulangkan. Ini sebab perkhidmatan yg supir kenakan utk menghantar ke Jakarta agak mahal. Fikir2 semula better ambik Air Asia je dr Bandung. Masa pun lagi jimat.



Pengalaman bagi kami. Haruslah survey semua kos sebelum buat tempahan flight. Kalau tak rugi camni bila kena cancel. Hihihi...

Actually kat Jakarta kami tak berjalan pun. Sampai je airport kami terus ambik teksi bluebird untuk ke stesen keretapi. Tips untuk korang tolong ambik teksi bluebird shj. Teksi ni ye yang guna meter. Yang lain hampeh.  Kami dah tertipu masa kat bandung. Mahal giler padahal dekat je.

Lambang untuk teksi bluebird.


Perjalanan ke stesen gambir lebih kurang sejam. Naik tren pulak ambik masa lbh kurang 3 jam. Memang letih. Tren dorang pun xde la teruk sangat. Tren memang kami booking awal. Senang sikit. Cuma 1 je yang tak bape nak berkenan. Kat stesen Jakarta sangat la panas. Takde air cond ye macam Kl sentral. Tapi dlm tren ok. Selesa la gak. Pic bawah ni Ain Hawani dalam tren. Untuk infant takde seat. Tp still kena bayaran gak.


Kawan Ain Hawani dalam tren. Peramah sangat okay...


Dekat sana masa lewat sejam dr Malaysia. Tapi pukul 5 pagi matahari dah timbul. So korang jangan pelik ya. Tp sekarang kerana dah terbiasa pukul 5 pagi bangun so bila kat sana pukul 4 pagi la sy bangun. Lepas tu terkebil-kebil bila sesorang nk berusaha sambung tido semula. Hahaha.. Pengalaman di negara orang kan.. Ok kita sambung next episode pulak ya untuk tempat - tempat menarik kat Bandung dan tips-tips yang lain. Sekarang nak g tidokan dengan si kecik ni dulu. Hihihi..nite uoll..

DIET & PERAYAAN

Bila hampir-hampir musim perayaan masing-masing berpakat nak kuruskan badan. Yelah semuanya nak kelihatan cantik bergaya kan.

Untuk menjayakan usaha anda itu, saya cadangan anda mencuba Set Diet Shaklee. Terdiri daripada 3 komponen utama iaitu Bakar, Buang & Bina. 


Pengambilan secara konsisten disamping senaman dan pemakanan yang berkhasiat mampu memberikan bentuk badan yang di idamkan oleh anda. 

Hubungi kami untuk khidmat nasihat dan maklumat lanjut untuk Set Diet ini.


SID : 1004258
Pm/wassap : 017 6088206

Mei 12, 2014

MEAL SHAKES UNTUK ANAK-ANAK TERSAYANG

Assalammualaikum...
Dah lama tak update blog ni. Tetiba mood dah dtg pulak. Mlm ni nak cerita sikit kat korang pasal supplement yg saya bagi kat Ain Hawani.
Ianya adalah Meal Shakes. Banyak sebenarnya nutrien yang ada dalam Meal Shakes ni kan. Memang patut la ibu-ibu di luar sana bg Meal Shakes kat anak-anak diorang. Memang sangat berkhasiat rupanya.
Saya bagi kat Ain Hawani sejak 2 bulan yang lepas. Genap je setahun umur dia sy terus beli Meal Shakes utk Ain Hawani.
Kesan pengambilan Meal Shakes terhadap Ain Hawani memang positif. Dulu dia kerap sangat demam. Tp sekarang alhamdulillah dah jarang demam. Kalau demam pun sekejap je. Selera makan pun bertambah. Tu yg paling best sekali. Sebab dia ni memang susah sgt nak bagi mkn. Tapi sekarang dah ok sikit. Cuma nasi je dia still lagi x suka. Tp nasi impit dia mkn. Pelik anak saya sorang ni.
Saya memang syorkan utk korang yang memang tengah cari supplement utk anak. Meal Shakes ni selain banyak khasiat, ianya mudah untuk diambil oleh anak-anak. Perisa vanilla yang memang sedap dan berkrim.
Korang yang belum bagi anak-anak Meal Shakes meh cepat beli dr saya. Jom kita pakat2 jadi member dulu. RM65 je jadi member. Seumur hidup tau. Untung sangatkan. Lepas tu sekelip mata je boleh join promo beli 6 percuma 1. Bulan Mei 2014 ni promo Meal Shakes tau. Jom dapatkan sekarang.




AgenShakleeAnda:
SID l 1004258
Sue l 017 6088206


Januari 25, 2014

THYROID DAN SHAKLEE

Apa Itu Thyroid??

Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. 


Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.


Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. 


T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. 


Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.



Siapakah orang yang berisiko mendapat penyakit thyroidAntara orang-orang yang berisiko menghidap penyakit ini ialah : 



  • Perempuan
  • Genetik 
  • Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain
  • Usia lebih 60 tahun
  • Merokok

Jenis penyakit thyroid
Ada dua jenis sakit thyroid yang utama :  


1. Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
Hyperthyroidism / thyrotoxicosis, hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini ialah :

  • Grave’s disease. Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon. Biasanya semua (atau sebahagian besar) sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan.
  • Thyroiditis (tiroid bengkak). Biasanya keadaan ini bisa pulih dengan sendirinya
  • Toxic nodule goitre. Terlalu banyak iodin di dalam makanan


Tanda-tanda orang yang menghidapi hipertiroidisme:


  • Bengkak di leher
  • Diare
  • Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
  • Gementar dan gelisah, terketar-ketar
  • Haid tidak teratur, kurang atau tidak datang
  • Kesuburan turun
  • Penumpuan kurang
  • Mata menjadi besar (bulging)
  • Bad mood
  • Kejang otot
  • Oesteoporosis (kereputan tulang)
  • Pengeluaran peluh banyak, bertambah. Kulit lembap
  • Suhu badan naik, tak tahan panas
  • Rambut rontok
  • Sukar bernafas
  • Sukar tidur
  • Tekanan darah naik
  • Turun berat badan walaupun selera naik
  • Lemah 
2. Hypothyroidism
Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup.Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyridism

  • Badan rasa lemah 
  • Daya ingatan menurun 
  • Hilang indera rasa dan bau 
  • Kadar pengepaman jantung perlahan 
  • Kulit jadi kuning – lesu, pucat 
  • Kulit kering 
  • Masalah kesuburan 
  • Menjadi tuli, tinitus (telinga berbunyi) 
  • Muscle cramp dan bengkak 
  • Myxedema – cecair keluar ke kulit menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) 
  • Pendarahan haid banyak (heavy period) 
  • Percakapan lambat 
  • Pertambahan berat badan 
  • Rambut rontok
  • Rasa mengantuk 
  • Rendah nafsu seks 
  • Sakit kepala 
  • Sembelit 
  • Suara menjadi serak 
  • Tak tahan sejuk

Supplement Shaklee Untuk Pesakit Thyroid

Untuk Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis

ESP - Energizing Soy Protein
Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasaskan tumbuhan yang berkualiti tinggi.
Kandungan rendah lemak bukan GMO (Genetically Modified Organism) iaitu tidak merubah kandungan genetik organismanya, dan lengkap dengan protein yang mengandungi sembilan asid amino penting ini sesuai untuk seisi keluarga. Bagi setiap satu hidangan Energizing Soy Protein Shaklee memberikan kandungan14 gram soya protein yang diperlukan oleh hati yang sihat.
  • Mengandungi unsur-unsur estrogen
  • Kajian mendapati estogen boleh menghalang pengeluaran hormon tiroid dan seterusnya menghalang hormon tiroid dalam badan.
  • Ia amat berguna kepada pesakit tiroid yang terlebih hormon tiroid dalam badan.
Boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon tiroid jadi tidak sesuai untuk pesakit hipotiroidisme (kekurangan hormon tiroid)





Untuk Hypotiroidisme


1.  Vita-Lea® Iron Formula – Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita-Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
Siapa yang perlukan Vita-Lea?
Secara umumnya Vita-Lea amat bagus untuk dimakan oleh setiap orang. Ini kerana kandungan Vitamin di dalam Vita-Lea yang merangkumi hampir seluruh badan. Antara vitamin yang terdapat dalam Vita-Lea:
  • Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
  • Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
  • Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
  • Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
  • Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
  • Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
  • Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
  • Lain-lain – Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet



2. Vita E Complex

Kelebihan Grape Seed Extract:


  • Mengikut kajian saintifik Minyak Biji Anggur terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkn secara konsisten.
  • Grape Seed Extract juga terbukti berkesan untuk menguatkan system imun badan, menurunkan paras kolestrol, menghalang pembentukan darah beku, melegakan masalah berpunca daripada urat timbul, serta merencat pembengkakan dan keradangan.
Kenapa Grape Seed Oil?
  • Sebabnya dalam Minyak Biji Anggur terdapat Oligomeric Proantho Cyanidin(OPC) yang lebih tulin berbanding kumpulan fitonutrien yang lain.
  • OPC pula merupakan anti pengoksidaan yang paling berkesan dan mampu melindungi tisu-tisu daripada pelbagai kecederaan pengosidaan.
  • OPC (Oligomerc Procyanidolic Complexes) iaitu unsur aktif ekstrak biji anggur adalah 50x lebih kuat dari Vitamin E dan 20x lebih kuat dari Vitamin C
  • OPC berfungsi memusnahkan ‘radikal bebas’ yang boleh memusnahkan badan manusia. Dalam erti kata lain, OPC inilah yang bertindak MEMBANTU MENGATASI MASALAH KANSER bagi mereka yang sedang mengalami masalah penyakit kanser atau bertindak sebagai benteng daripada serangan penyakit yang ditakuti itu.
  • Di samping itu, OPC yang amat kaya dengan protein terutamanya kalogen serta lebih kuat dari Vitamin E (50 kali ganda) dan C (20 kali ganda) menjadikannya sebagai makanan yang paling baik terhadap pembentukan sel dan tisu.
  • Sekaligus ia juga baik untuk AWET MUDA dan tentunya sangat baik untuk memelihara KECANTIKAN.
  • Selain daripada kehebatan Minyak Biji Anggur dari sudut kajian saintifiknya, kelebihan anggur juga turut termuat di dalam At-Tibb An Nabawi (Perubatan Nabi), yang menyatakan bahawa anggur adalah sebaik-baik buah dan yang paling banyak manfaatnya.
  • Ianya berfungsi sebagai buah, minuman dan juga ubat. Tidak hairanlah jika di dalam Al-Quran disebut sebanyak 11 tempat mengenai buah anggur.
 



Disember 09, 2013

KELEBIHAN VIT E SHAKLEE

 
KHASIAT DAN MANFAAT VITAMIN E SHAKLEE
 
Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan. Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 
 
Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit. 
 
 
SUMBER
Vitamin E boleh didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum. 
 
 
 
11 Kebaikan  Grape Seed Extract Yang Terdapat Dalam Vitamin E Shaklee : 

1) Mengandungi anti oksidan: membaiki peredaran darah dalam badan, menjadikan wajah berseri dan tak kusam, secara tak langsung, kulit bersih dari jerawat dan jeragat. 

 2) Melambatkan proses penuaan. Jadi sesiapa yang amalkannya akan awet muda la lepas makan Vitamin E ni secara berterusan. Kulit pun jadi flawless, berseri-seri, and shining.

3) Mencegah pertumbuhan abnormal sel seperti kanser and cysts : bertindak dengan cara melancarkan saraf.

4) Banyak benefit untuk wanita lepas bersalin yang menyusukan bayi : mengurangkan bengkak susu jika diambil secara berterusan, puting yang luka akibat menyusu jugak akan recover dengan cepat. Dapat jugak mengurangkan stretch mark hodoh di perut. 

5) Mengurangkan kesakitan bila PMS datang. Jadi baguslah untuk siapa2 yang mengalami PMS yang teruk.

6) Mengurangkan parut luka di kulit 

7) Bagus untuk jantung sebab Vitamin E ni mengembangkan pembuluh darah dan menghalang pembentukan darah beku dari berlaku.

8) Boleh meningkatkan pengeluaran air mani bagi lelaki

9) Dikenali jugak sebagai Vitamin Cinta sebab membantu masalah kedinginan antara suami isteri. 

10) Membantu masalah pigmentation kulit. dapat mencerahkan kawasan areolar yang bertambah hitam jugak (bagi wanita lepas bersalin)

11) Membantu dalam mendapatkan rambut yang cantik, sihat dan lebat

 
 
 
 
 
Berminat sila wassap/pm saya:
SID 1004258
Sue 0176088206

Disember 06, 2013

ESP PILIHAN BIJAK

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya nak cerita pasal produk terhangat dipasaran. Iaitu ESP keluaran shaklee.
1st time ambik ESP masa saya pantang bulan Mac yang lepas. Saya menang tak beli apa2 pun ubat utk berpantang sebab kakak saya pesan jangan beli jamu. Takut baby kena yellow jamu memang tak boleh makan sebab panas.

Lepas bersalin susu saya memang sikit..Dah seminggu bersalin baru ada susu kuar. Itu pun lepas urut. Tapi susu saya memang sikit..1st day baby lahir memang bagi susu formula. Sedih sangat..
Susu memang xkuar..Macam2 cara saya buat..

Lepas tu saya google utk tambah susu. Terbaca pasal shaklee. Set berpantang. Lepas tanya pendapat suami dan dia kata ok. Saya terus beli on9..
Memang tak mengecewakan..Luka pun cepat baik dengan set pantang shaklee.
Yang paling saya suka ESP & alfalfa.. Sebab susu saya makin banyak dan pekat. Tapi sebenarnya ESP banyak lagi khasiatnya tau. Jom kita tengok khasiat ESP..

Khasiat ESP

ü ESP menjadikan kulit muka cantik, halus, gebu dan berseri.
ü ESP menganjalkan semula payudara yang kendur dan mengembalikan kecantikkan payudara anda.
ü ESP memberi tenaga dan meningkatkan sistem imun.
ü Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat.
ü ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam. 
ü Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum, disamping menguatkan rahim.
ü Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan. 
ü Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein untuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati. 
ü Berkesan mengurangkan eczema dan masalah kulit.
ü ESP menyihatkan tubuh secara keseluruhannya (ESP mengawal paras gula dalam darah (diabetis), mengawal kolestrol, menjaga kesihatan jantung)
ü Membaiki maslah rambut (beruban atau rambut gugur)
ü Meningkat kualiti memori, vitality.
ü Genistein dalam kacang soya membantu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser.
ü Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan – agen anti-penuaan.

                                                                                       
Cadangan Sukatan dan Waktu Minum ESP:
Sukatan : 1 sudu besar ESP + Air Kegemaran Anda (suggestkan 2x sehari – breakfast & minum petang)


ANTARA RESEPI ESP YANG KORANG BOLEH TRY :
·      1 sudu bancuhan ESP + Air Suam (REMINDER!! Jangan bancuh dengan air panas ok, bancuh dengan air suam/masak je untuk kekalkan nutrisi ESP)
·      1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk (Susu kotak atau susu tepung)
·       1 sudu bancuhan ESP + Milo
·      1 sudu bancuhan ESP + Twister Oren
·       1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + kurma (kurma tu rendamkan dulu dan boleh potong saja kecil2 mahupun blend)
·      1 sudu bancuhan ESP + Ribena  
·      1 sudu bancuhan ESP + Nesvita 3 in 1 
·      1 sudu bancuhan ESP + Susu Anmum
·      1 sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan dan blend (boleh pilih buah kegemaran anda)
·      1 sudu bancuhan ESP + Horlicks 
·      1 sudu bancuhan ESP + Nestle Bliss
·      1 sudu bancuhan ESP + Meal shake/Performance Drink/Cinch Shake





Tips ESP :
·         Jangan bancuh dengan air panas, air kafein atau air berkarbonat sebab boleh hapuskan nutrisi.
·         Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana ini akan membebankan ginjal
·         Gunakan tumbler atau shaker atau botol tupperware untuk menggoncang/SHAKE bancuhan ESP untuk lebih mudah larut. Kalau guna sudu sahaja, nanti tak semua yang larut, jadi berketul-ketul.




Untuk pertanyaan lanjut untuk ESP ataupun supplement shaklee yang lain, anda boleh hubungi saya wassap/sms/call : 
Sue 017-6088206